SPOTIFY FREE!? *no ads*

Hasil carian imej untuk SPOTIFY

ASSALAMUALAIKUM WBT


Diharap semua pembaca yang sedang membaca ni sihat walafiat. Mesti ada diantara pembaca pembaca yang suka menggunakan Spotify, Apple Music, Joox, Raku dan sebagainya kan? Tapi bagi pengguna android seperti aku ni, mesti lah guna spotify atau joox dan raku kan? Jadi, ni aku nak cerita sikit ni, korang tahu tak pasal spotify free? Which is, spotify yang korang boleh dengar secara percuma tanpa iklan dan tak perlu bayar setiap bulan? Mesti best gila kan? 

Ye lah, tak perlu lah korang nak habis kan duit sebanyak RM15 untuk setiap bulan dengan hanya sebab nak melanggan lagu kesukaan korang tanpa ada iklan kan. Lately ni, heboh pasal spotify free ni dekat laman sesawang twitter. Aku, sebagai pengguna tegar spotify ni agak surprise jugak la bila tahu ada spotify free, sebab selama ni aku gigih la bayar setiap bulan.

Pada mula nya, aku teringin jugak nak install spotify free ni, tapi bila aku tengok cara cara nak install dia tu macam agak sukar dan juga agak meragukan bagi aku, maka aku pun cancel lah nak install.

Antara sebab sebab nya ialah :

- tak secure. tak macam spotify biasa yang kena bayar every month
- kesian dekat artis artis yang gigih record lagu and release music, tapi korang dengar secara haram.

Sebenar nya banyak lagi kesan kesan buruk kalau korang install spotify free tu tau. kesian kan dekat mereka yang bersusah payah buat lagu, tapi ada pulak orang yang dengar secara haram itu.


Hasil carian imej untuk think twice


Jadi, untuk korang yang ada rasa nak install spotify free tu, aku harap jangan la korang install, kita kena fikir juga kesan buruk pada diri kita, dan juga untuk orang lain, kan? Kalau korang rasa tak mampu untuk bayar setiap bulan melanggan spotify premium, korang dengar lah guna joox.

Sekian saja dari aku, selamat mendengar music secara halal ye! Hahaha.


Comments

Popular Posts