Wednesday, November 15, 2017

Confession #3

Sometimes, its challenging but you have to accept it.
But, you will not gain anything if you did not faced any challenging path in your life.
I really just hoping that everything will be fine.

Sincerely,
Me

Ulasan #3

Hai semua, harini seperti biasa, my 3rd day of 4th week praktikal dekat sini. Well, yesterday one of my supervisor asked me to do housekeeping, and I was like 'seriously bro?', its not that aku tak boleh buat kerja tu, aku boleh je KALAU courses aku related dengan that job, tapi sekarang course aku langsung tiada kene mengena dengan kerja tu, and how come you expect me to do that work?

Kalau kerja tu takde melibatkan dengan aku punya markah untuk praktikal ni, aku tak hairan sangat nak buat kerja tu. Aku akan buat je, tapi masalah nya benda tu akan melibatkan markah aku, and once again kata kata madam bermain difikiran aku "awak nak failed ke? tak nak konvo sama dengan batch awak?"

Memang tepat ke lubuk hati dan perasaan la wei, hahaha. I'm planning to change my internship place, tapi macam dah lewat sangat dan aku takut kena bebel dengan supervisor dan ketua LI ni, so aku diam kan je dan terus kan jela intern dekat sini sampai 12 january nanti.

Demi Allah wei, aku stres gila intern dekat sini, because I dont know my specific job dekat dia apa sebenarnya. Sekejap suruh buat tu, sekejap suruh buat ni, I don't mind if you ask me to do this or that, but dari pandangan aku, apa yang dorang suruh buat semua tak related dan aku rasa I don't gain any knowledge at all from that.

Harini, one of my supervisor asked me to help front office, and okay boleh je, since its related with my course, I hope today everything went well la. Sumpah, penat nak hadap lagi 9 minggu dekat sini dengan kerenah semua staff dan supervisor yang macam haprak.

Awal awal janji bulan dan bintang, kerja ni kerja tu, tapi bila dah sampai sini, janji tu jadi binatang sangat oi. Hahahaha

Tuesday, November 14, 2017

Ulasan #2

Hari ini, dah masuk minggu ke 4 aku praktikal di resort ni, dan masih berbaki lagi 9 minggu untuk aku menghabiskan liku liku kehidupan aku sebagai seorang pelajar praktikal di resort yang hmmpph. Resort ni sesuai je kalau korang nak buat family day, beriadah bersama keluarga, nak lepak, rehat okay je.

Tapi kalau rasa nak buat praktikal dekat sini, dan pulak praktikal tu dalam bahagian office, aku tak sarankan sangat orang untuk buat praktikal dorang kat sini. Unless, kau memang betul dari course hospitaliti. Then, it is okay for you to do your intern here.

Tapi, kalau kau ambil bahagian hotel management ke, sales ke, apa apa yang melibatkan office, dan kau nak intern dekat sini. Baik padamkan sajalah niat kau, bukan apa, aku tak nak kau dibuli dan disuruh buat kerja yang tak ada kena mengena langsung dengan bidang yang diambil. Trust me.

 Can you imagine? Kau course bahagian pejabat, but then orang suruh kau buat kerja bahagian dapur which is >> hospitaliti? Make a sense tak macam tu?

Kalau kau disuruh buat something yang memang tak relate langsung dengan bidang kau, kau rasa kau boleh ke nak praktik kan apa yang kau belajar di kolej atau universiti kau tu dekat tempat kerja? Boleh ke nak asah semua tu? Hahahaha, nonsense weh. 

Sampai sekarang aku rasa menyesal. Aku fikir awal awal haritu, kalau aku ambil resort ni ada banyak opportunity untuk aku lah, sebab mesti akan banyak jumpa dengan orang, communicate with them, tapi last last bila aku masuk, apa yang aku fikirkan semua tu? Hampeh.

Lebih elok aku ambil PPD haritu, hahahaha tapi itu la, nasi dah menjadi bubur. Kena lah terima dan teruskan je lah sampai hari akhir aku intern nanti. Which is, 12 january 2018. 9 minggu lagi aku kena bertarung nyawa disini. 

Aku cuma harap harap je lah boleh lulus intern ni and tak ada effect apa even tak banyak kerja aku buat kat sini selain hantar EO, potostat, collect meal voucher pagi pagi. Dan baki baki masa yang lain aku ada dekat sini, I do nothing.

Sebab tu sampai ada masa nak update blog ni, hahahaha. 

MOVIE REVIEW : TOMBIRUO

Assalamualaikum! Hai, harini aku nak buat satu movie review pasal TOMBIRUO yang keluar di pawagam pada 12/10/2017 haritu. Keluar je movie tu, aku terus pergi tengok. Sebab pertama aku nak sangat tengok movie tu sebab *ehem* aku minat dekat Zul Ariffin, jadi sebagai peminat setia (sangat), aku ajak cousin aku untuk teman aku pergi tengok movie tu pada hari pertama movie tu dikeluarkan.

Hasil carian imej untuk tombiruo

To be honest, jalan penceritaan dia sangat menarik dan sangat sangat lah berbaloi kalau korang pergi tengok, nak tengok banyak kali pun okay. Aku tak baca pun novel tombiruo ni, jadi aku tak tahu la sama ada apa yang diceritakan dalam novel tu sebijk macam yang dikeluarkan di pawagam.

Tapi, mengikut kata cousin aku, dia cakap memang kena tepat pada hati la bila tengok movie ni dan kalau kau pernah baca novel dia, kau akan rasa memang sama rasa nya bila tengok movie dan dalam novel.

Bagi seorang yang tak baca novel tombiruo macam aku ni, bagi aku movie ni sangat sangat lah gempak gila, sampai buat aku rasa macam "wow" hebat jugak malaysia punya filem ni, memang setanding macam international, puji pujian aku ni bukan la puji sebab abam zul ariffin aku berlakon, tapi memang itu apa yang aku nampak lepas aku menonton movie ni.

Watak Ejim yang dibawa oleh Zul ariffin sangat sangat menusuk jiwa, cara dia bergasak dengan Amir iaitu Farid Kamil, memang superb. Watak Wan Suraya dan watak watak pelakon yang lain jugak turut menambah gempak movie ni untuk ditonton semua orang. Budak budak pun boleh tengok cerita ni tau, aku rasa kalau bawa anak anak buah aku tengok movie ni, mesti semua nak jadi macam EJIM.

"orang kampung kata, tombiruo boleh hidupkan hutan?" - wan suraya

Ayat yang aku ingat dari start keluar teaser itu sampai sekarang. Memang tak rugi sangat aku pergi menonton filem ni. 

dari 5 bintang, aku bagi 20/5 bintang. ha ok tak? Hahahaha.

Thursday, November 9, 2017

confession #2

Everything was perfectly simple
and everything was perfectly fine
Until you came back, and everything has changed.
Totally changed.

I tried to deny this feeling
I tried to ignore my hearts
But when I try so hard,
I knew I had lied to my own self

It's really hard to be with you
and,
It;s getting harder each day
When my heart say yes but my mind said no.

But, I really don't want to loose you again,
So, I tried to deal with the pain,
I really miss the way it used to be.
I miss our memories, before.
And I really want to create new.

You don't know that I really love you
I want to explain but I can't
I'm really sure to you that it's just a game.

For you, who are fay away from me,
I really hope that you will noticed me some day.
I pray that everything will be fine, one day.



Wednesday, November 8, 2017

confession #1

Hasil carian imej untuk crush quotes

well basically, yes i'm waiting for something that will not happen at all. (maybe?)
till now, i'm still confused with my own self.
there's a saying,
if you like someone, tell em before its too late.
the answer doesn't matter at all as long as you have said what you want.


i'm too scared to admit everything
i wish that i have that gut to say 'hi' to him or follow his instagram
but i'm scared :( 

Ulasan #1

I guess that I will be penduduk tetap dekat blogger ni which is, aku akan update post every single time or hour or minute or second haha. Sebab apa? Sebab dekat tempat kerja ni I have nothing to do, and basically aku just buat kerja yang not related to my courses. So, sekarang memang tak ada buat kerja apa apa pun, sebab dah settle gunting apa kertas entah and hantar event order and siap key in all the data related to sales, which is cari agency or company macam tu la. Hahaha.

Dan sekarang, aku tak buat apa, and i'm listening to Elyana songs, tetiba ter reminiscing zaman sekolah dulu, aku minat gila dekat Elyana ni. Minat lagu lagu dia, and I remember that one day I bought her album title, 'Jadi Diriku', waktu tu aku darjah 5, tahun 2007. Sumpah minat gila dekat Elyana, buat now tak tahu la dekat mana keberadaan album tu. Hahaha, sebab dah pindah rumah ni banyak benda yang hilang.

Aku banyak gila benda nak share dekat post ni, tapi takut macam tak kena pulak dengan pembuka kata tu. So, aku akan cerita on the next post. Hahaha

So, harap semua orang okay je harini. Yang bekerja tu, jangan stres sangat, sebab aku memang tengah stres la kan buat kerja yang tak related.

Selamat bekerja, dan selamat menjawab SPM untuk yang ambil SPM.

Tuesday, November 7, 2017

Aku masih cinta.

Aku cuba, cuba untuk tidak menafikan perasaan ini. 
Aku cuba untuk merelakan perasaan ini kembali bertaut.
Aku cuba memberi ruang untuk perasaan ini agar ia rela menerima.

Aku mahu mencuba, tapi aku terlalu takut untuk menerima apa yang akan menjadi. Aku takut yang lama kan berulang kembali. Ya, yang lama itu yang datang kembali, namun adakah yang lama itu akan menjadi sesuatu yang akan mengubah hidup ku kelak?

Aku cuba untuk diam, diam dan menafikan perasaan ku ini. Aku cuba untuk diam dari meneruskan apa yang dirasa di hati. Namun makin ku diam, makin perasaan itu datang mengulit di jiwa. 
Perlu kah aku mencuba atau biarkan saja apa yang dirasa ini berlalu? Berlalu mengalir seperti air mata yang jatuh menitis di pipi ini?

Ya benar, aku cinta. Aku telah jatuh cinta. Aku telah terjatuh kepada seseorang yang sama, seseorang yang dulu pernah memiliki hati ini. Namun dulu, dia pergi tanpa kata. Tapi kini dia hadir kembali mengisi kekosongan hati ini. Adakah ini benar atau hanya mainan disiang hari?


Kau membiarkan hati ini sendiri, dan kau memberi aku tanda tanya, adakah aku perlu?
Makin ku diam, makin kau cuba untuk memaksa hati untuk berterus terang.
Namun, apa yang ada di hati, di akal ini sebaliknya. Di hati kata cinta, di akal kata cinta
Namun, hati dan akal ini tidak berani untuk menyatakan hasratnya yang sebenar.

Aku hanya mampu berdoa agar engkau disana akan merasa seperti yang aku rasakan disini.
Aku. Masih. Cinta.

yang gagal itu kembali.

Terkadang yang gagal itu bukan lah selamanya berada di kelompok 'gagal' 
Terrkadang yang gagal itu lah yang mengajar kita akan erti tentang sesuatu
Terkadang yang gagal itu juga lah yang akan membantu kita kelak.

Namun, benar kah yang gagal itu akan kembali lalu menjadi yang akan 'mendatang'?


************************

Dalam hidup ni, aku diajar bahawa perkara yang lepas tak usah dikenang. Perkara yang lepas elok dibuang jauh jauh agar tidak akan mendatangkan keburukan di hari kelak. Mereka mengajar aku tentang, 'apa yang sudah dibuang, tidak perlu diambil kembali'. Mereka mengajar aku agar terus menjadi kuat walau apa yang terjadi dan jangan pernah kau menoleh untuk melihat apa yang telah mengajar kau untuk menjadi hari ini.

Tetapi, mereka tidak pernah tahu, yang tidak usah dikenang, tidak usah dilihat, tidak usah diingat itu yang membuat aku menjadi begini. Bila dicuba nya melawan perasaaan dikatanya ego. Bila dicubanya untuk menidakkan segala rasa ini dikatanya bongkak. Jadi, apa yang harus aku lakukan?

Dia,

Dia datang kembali. Dia yang dulu pernah merobek hati dan perasaan ini. Dia dulu yang pernah buang jauh jauh, dia yang dulu pernah aku lepaskan agar orang sekeliling akan bahagia. Dia yang dulu memberi aku parut yang mendalam, kini kembali. Kembali nya bukan memberi sekeping harapan. Namun memberi kekeliruan di dalam hati ini.

Makin cuba ditepis, makin ia datang dengan berani. Namun, perasaan yang melanda di kotak fikiran ini membuatkan aku keliru, membuatkan aku takut untuk berhadapan dengan realiti. Setiap yang terjadi ini menjadi persoalan di minda. Menjadi satu tanda tanya. '?'

Hadir nya dia adakah memberi makna atau hanya sekadar persinggahan di kala hati sedang tidur? Hati yang sedang tidur lalu bangun, melihat kehadiran yang lama datang kembali bertaut di hati. Lalu, hati itu berasa lena, berasa duka, berasa sakit. Sakit nya hati itu bukan lah kerana kenangan lama. Sakitnya hati itu, sakit untuk berhadapan dengan realiti yang sedang tegak berdiri namun tidak tahu kemana arah tujunya itu.


keliru.

aku taktahu, aku keliru. confused. too many things are playing on my mind. rasa macam, 
'kenapa aku kena rasa macam ni', 'kenapa aku kena suka dia balik?' well, yes, aku suka dia lagi.
dia who? yang pasti bukan yang dah berkahwin tu la. its someone else, the one that I know since form1, yang aku kenal and kind of ada relationship with him.

sejak I get that news, which is about the bully cases yang terjadi tu. Dekat mana tu, I think tak perlu la cakap, kot jadi kontroversi pulak, since dia dengan secara tidak disengajakan terlibat dalam kes itu, tapi dia tak buat pun benda macam tu, cuma dia menjadi suspek je. Dan, sejak keluar nya berita tentang tu, aku jadi tak sedap hati, and rasa sedih, lagi lagi bila aku baca all the comment on his instagram, banyak sangat yang kutuk dia. dimana aku sendiri rasa, 'no, he didnt deserve this', aku kenal dia, dari form 1, aku tahu dia macam mana.

dia bukan jenis yang suka cari gaduh dengan orang tetiba. hahaha, sebab aku kenal dia thats why aku tak percaya langsung dia buat, and semua negative comment dekat instagram dia tu memang bullshit la, kau tak tahu the real story, kau tak kenal dia siapa and yet you still want to talk bad about him. and back to the topic, sejak dari berita itu, kes itu, aku jadi rasa tak sampai hati dengan apa yang jadi. and hati tetiba rasa lain. after all the history with him since sekolah dulu, aku memang dah 100% forget about him, and macam 'lantak la kau nak buat apa lagi' aku tak heran la. hahaha. but to be honest, as soon as i get the news yang dia bercinta dengan someone tu, memang aku rasa sedih, tak banyak, but ada la rasa macam tu kan. lagi pun time tu aku tengah tersuka dan tergila kan orang lain.

tapi, that feeling come again. the feeling yang i used to feel 9 years ago, datang balik. and yes, there is one time yang mana aku post gambar dekat facebook, and dia comment, that time pun i dah feel something, cuma i'm too ego, and i'm not really sure with my own feeling. tapi, lepas dah jadi macam ni, aku pun start realize la, aku ni sebenarnya masih suka kan dia. tapi aku ego.

aku rasa nak tegur dia, tapi aku takut. and theres one day, aku nampak dia upload story, "rasa nak tegur, tapi. hmmm" macam tu, aku tak tahu dia tuju kan pada siapa, and first of all, aku tak follow dia dekat ig, and dia pun tak follow aku, aku stalk dia pun guna my another acc yang khas untuk stalk orang. hahaha. before dia upload pun aku memang rasa benda yang sama, aku memang nak sangat tegur dia nak contact dia balik macam dulu.

tapi aku tak tahu story dia tu ditujukan kepada siapa? cuma aku merasakan benda yang sama. aku memang rasa nak follow dia, nak tegur dia, tapi aku takut. takut sangat, aku tak berani nak ambil risiko. susah weh. a feeling that me myself couldnt even describe. should i just talk to him or, diam je. diam kan je perasaaan ni, biar jelah berlalu. macam tu ke?

day by day ni, kerap pulak anything related to him yang muncul. macam semalam, tetiba my friend upload gambar dia dekat twitter. macam something sangat, macam tuhan tu nak tunjukkan sesuatu, sama ada i need to talk to him or, tak payah and just lupakan niat tu.

but all i can say is, i still love him. dan aku nak tegur balik macam dulu. 
tapi aku takut.

internship or internshits?

Assalamualaikum untuk semua sekali rakyat dan penghuni yang berada di blog dan yang masih sentiasa kekal berada di blog untuk meluahkan perasaan kalian, mengisi kekosongan di hati, meluangkan masa yang lapang, untuk berkongsi serba sedikit tentang kisah kehidupan anda atau untuk berkongsi tips tips yang kemungkinan boleh digunakan untuk semua pembaca di laman sesawang ; blog.

hari ini, bertarikh 7 November 2017, bermula lah hari aku memulakan pekerjaan sebagai pelajar praktikal di sebuah resort dekat pahang ni. Dah minggu ke 3 hari aku berpraktikal disini. Dan walaupun masih freshie gitu, aku tetap nak share juga la pengalaman aku selama tiga minggu disini, walhal aku masih ada 3 bulan untuk menapak disini sebagai pelajar praktikal.

hari pertama praktikal - 23 Oktober 2017.
bersiap seperti biasa menghadiri hari pertama sebagai seorang pelajar praktikal di resort, di hati, di minda aku dah terbayang akan buat kerja yang menyeronokkan sebagai seorang pekerja, disebabkan penyelia aku di resort memberitahu aku bahawa aku akan diletakkan di sales department, pasti la kepala ni memikirkan tentang kerja kerja yang seronok dilakukan, macam ala ala dalam tv kita biasa tengok, ; duduk depan komputer / laptop, menaip, angkat call dan sebagainya.

setibanya aku di resort, aku turun kereta dan pergi lapor diri kepada penyelia aku, seorang perempuan. biasa jela. okay, and dia intro aku dekat semua staff disini, start dari penyelia aku sehingga la staff yang lain beri intro pada diri aku untuk semua pekerja disini. kemudian, penyelia aku beritahu aku, yang dia akan meletakkan aku pada bahagian f&b (food&beverage), agak kekeliruan jugak la aku pada waktu itu disebabkan aku ni bukan la daripada jurusan atau diploma bahagian hospitaliti, jurusan aku ialah di bahagian komunikasi bahasa inggeris, (diploma in english communication).

jadi, disebabkan aku ni 'hanyalah pelajar praktikal', aku hanya menurut perintah beliau la kan, dia terangkan pada aku yang aku hanya lah akan melakukan PR di pagi hari, which is greet all the guest yang akan turun makan at the cafe and collect meal voucher from them, kalau yang tiada meal voucher pulak, aku cuma perlu explain to them about the price for the meal at the cafe. so ok la, agak related la, sebab aku english communication and i need to communicate with people la kan. so far, ada la foreigner yang aku communicate menggunakan english and rasa bangga la sebab boleh terapkan itu dalam intern aku. perasaan berkomunikasi dengan foreigner tu takdela macam 'alamak aku gelabah nervous gila nak mati', takde pun, aku relax je dan over confident sangat la berbanding communicate english in class or in front of my lecturer memang rasa tak confident tu banyak. hahaha.

ok, waktu aku bekerja ada lah pada jam 7pagi sehingga 3 petang setiap isnin-sabtu, pada hari sabtu tu pulak aku half day. dan pada hari ahad adalah hari untuk aku offday bersuka ria, tidur bangun lewat pun takpa. so ok la walaupun rasa terpaksa, dan rasa macam 'i need cuti on saturday and sunday bitch'. tapi relax la kan, 3 bulan je pun, hahaha. pakaian untuk aku berpraktikal disini adalah, baju kemeja putih or any baju warna putih plain bersama kain hitam atau seluar hitam dan tudung gelap. so ikut jela kan, terpaksa la beli dua helai baju kemeja sebab nak praktikal. huhu, walhal pakai untuk 3 bulan je, macam bazir sangat.

ok, the next day, start la aku experience greet customer, and not that bad la, aku rasa ok je. lepastu jam 10 atau 9, aku akan masuk office, kalau customer dah tak ramai, aku akan terus masuk pejabat dan memulakan kerja aku didalam pejabat.
namun, apa yang aku bayangkan tak la seperti yang aku jangkakan akan berlaku. hahaha. i need to bring my own laptop, (ni ok la), then aku kena hantar email to any company and the content is about family day punya package, aku hanya menurut perintah. aku hantar je semua.
dan kemudian, aku kena hantar EO which is (event order) untuk setiap unit which is, f&b,kitchen dan fo. hantar jela kan sebab kita ni praktikal je. dah pula kita kene potostat itu ini, fax itu ini.

kalau nak diikutkan, course aku tak related pun with photostat ke hantar sana sini or fax semua ni. tapi tu la disebabkan kita hanya praktikal, dan biasa la kena je la ikut arahan orang atas kan. to be very honest, aku sangat sangat menyesal intern di sini. sebab apa? sebab ia nya tak kena dengan expectation aku dan courses aku.

aku fikir, kalau intern di tempat seperti resort, hotel ke apa, ok la boleh relate dengan course aku, since my lect pun cakap, course aku sesuai dekat hotel dan bla bla bla. so i try la. bila dah dapat, tak kena la pulak. disuruhnya kita buat kerja lain. huhuhu, aku hanya mampu redho untuk menempuhi another 3 months dekat sini.

persoalan; aku dari kolej mana? intern di resort mana?

semua ni tak perlu la aku cakap kot. hahaha, biar lah rahsia. aku akan reveal bila aku dah habis intern.. and i totally wont recommend any practical students to do their internship here. lagi lagi yang courses seperti aku. sumpah takyah la. dah la takde elaun, and buat kerja bukan kerja kau. hahaha. membazir tenaga. tapi, kalau yang memang dari bidang hospitaliti tu, elok la intern sini, cuma itu la takde elaun. hahaha.


Sunday, June 4, 2017

Punca Kencing tak lawas! (INFO)

Assalamualaikum! Fuhhhh! Berhabuk jugak blog ni. Dah lama aku tak menjengah blog ni sejak dah start semester 4 yang dah habis dan sekarang tengah berada di dalam semester 5. Kebelakangan ni memang agak busy. Lagi lagi dah semester 5 kan, iaitu semester akhir. Memang susah la aku nak buka blog dan share story.

So tanpa membuang masa, harini aku nak share satu info tentang 'KENCING TAK LAWAS' atau 'KENCING KOTOR'. Haaa, dah lama tak blog tetiba nak cakap pasal air kencing pulak kan. Hahaha pedulik!

Sebab sebab aku tetiba nak share pasal kencing tak lawas ni adalah kerana aku sendiri sedang mengalaminya sekarang ni ! Dah lama tak kena woi, eh tetiba kena ni rasa nak nangis kot! Dah lah tengah bulan puasa. Hadapppp!

Entah kenapa dalam banyak banyak bulan, bulan puasa jugak nak kena kencing tak lawas nih? Haih. Ni kejap kejap rasa nak terkencing. Terpaksa la aku pergi toilet. Tapi bila dah pergi toilet tu, alahai tak membantu langsung air kencing keluar ciput ja weh. Faham tak perasaan 'tak puas' nak kencing tu? Hahhh. Lepastu pulak rasa perit pedih je bila air kencing tu keluar, tuhan je lah yang faham :')

Leceh la kan bila asyik nak kencing setiap minit. Sampai aku punya malas dah nak ulang alik pergi toilet, aku pakai ja tuala wanita (pampers) senang kut kut terkencing ke. Hahahaha. Serious tak larar kot setiap minit nak pergi toilet tp air kencing sikit je 😭

Lepas je alami semua ni, aku pun gigih la mengoogle punca punca dan ciri ciri kencing tak lawas ni.

Ok so, setelah aku tanya pakcik google apakah ciri ciri kencing tak lawas ni, so ini lah hasilnya ;

1. Kerap ke toilet..Lebih 10 kali dalam sehari (Kalau boleh nak duduk lama lama dalam toilet taknak keluar langsung!)

2. Masa nak keluar air kencing rasa pedih, perit, air kencing pun panas je.

3. Kencing tak puas (macam ada lagi air kencing yang nak keluar tapi bila teran, Harammm tak keluar. Kalau keluar ciput je)

4. Kencing tak habis

5. Sakit pada bahagian ari-ari (serious sakit, pedih perit semua ada macam nak mati)

6. Tak leh nak tahan kencing (ni sebab aku pakai tuala wanita tu. Kang terkencing atas katil, buat malu je! Dah besar kan?! Hahahaha)

7. Kadang kala alami kencing berdarah (doktor cakap ada darah sikit dalam air kencing, tapi aku takde sampai tahap ini lagi.)

8. Demam (yang ni pun aku belum pernah kena lagi sampai demam demam ni)

So, dah tahu kan ciri ciri dia? Haaaa memang sebijik dengan apa yang aku alami sekarang. Tapi apa punca dia? ;

1. Kurang minum air putih (Aku rasa dah bergelen gelen air putih atau air masak atau air kosong dah aku minum)

2. Suka tahan kencing (YES! Yang ni memang aku kerap buat sejak bulan puasa ni. Lagi lagi bila dah lepas sahur sebab minum air masak banyak sangat mula la nak terkencing. Tapi malas nak pergi toilet sebab jauh sangat dengan bilik. Duduk asrama kan, toilet pun dekat luar. Huhu)

3. Hygiene - yang ni aku memang jaga la kebersihan. Kita gegirl kan? Takkan nak kotor pakai seluar dalam sama banyak kali. Lepas tu panty liner pun jangan la sehari tu yg sama je! Tukar k!?

So, begitulah cerita dia. Cara nak ubatkan penyakit ni? Selama aku pernah kena penyakit ni aku tak pernah cuba ubatan dia. Hahahaha. Apa aku buat, itu lah. Aku pakai tuala wanita kencing banyak banyak sampai rasa kencing tu macam dah lawas. Banyak je keluar.

Tapi kalau nak lagi bagus , elok lah kita ikut cara yang benar kan? Jangan ikut cara aku tu! Itu sebab dah terdesak sangat tu. Hahaha!

Sebab aku ni malas sikit nak taip cara cara nak atasi tu. Sebab aku update blog pun guna phone ni. Sebab laptop ada dekat kolej. So, kalau korang nak tahu, boleh lah klik link ni, https://siraplimau.com/petua-hilangkan-kencing-tak-lawas/

Semoga dapat membantu korang yang sedang alami kencing tak lawas macam aku ni ya! Hehehe bye!

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png