Wednesday, December 14, 2016

RESEPI MEMBUAT KEK MENGGUNAKAN MICROWAVE

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SATU MALAYSIA

Hasil carian imej untuk gambar kek coklat guna microwave
(gambar contoh)

Hi semua, so berkenaan dengan tajuk di atas, 'Resepi membuat kek menggunakan microwave', ini aku buat untuk orang yang teringin nak buat kek tapi tak ada oven dan seperti rumah aku lah, tak ada oven nak membakar kek, yang ada hanya microwave oven, kesian betul tapi gigih nak buat kek haa. Dan buat kek guna microwave pun aku dah cuba dengan sendiri sejak dari tahun lepas lagi sebab teringin sangat aku nak buat kek. Dan kek yang boleh buat bukan sebarang kek tau! Kek coklat moist gitu haaaa, kek milo pun kau boleh buat jugak guna microwave ni. So jangan risau dan sedih kalau takde oven dekat rumah, sebenarnya guna rice cooker pun boleh juga buat kek, tapi aku tak pernah buat sebab aku takut kena marah dengan mak aku, kang tetiba rosak pulak rice cooker dia mau aku nak kena ganti yang baru hahahaha. 

Okay, so let's get started, aku akan tunjukkan bahan bahan untuk buat kek coklat menggunakan microwave ni, dan ya gambar kek coklat tu aku main ambil dekat google je, sebab tak sempat nak ambil gambar kek sendiri dah selamat habis dibaham (hiperbole) oleh anak buah aku. Hahahaha. Okay lah, banyak pulak aku membebel, maka dari itu aku akan start senaraikan bahan bahan untuk digunakan.
.
.
.
.
.

BAHAN BAHANNYA IALAH :-

100gram MENTEGA (tak kisah jenama apa, aku guna jenama planta? yang bekas kuning tu)

100gram GULA KASTOR (gula halus tu tau, jangan guna gula tebal tebal tu)
\
2 bijiTELUR AYAM (ini gunalah telur ayam ye, tak pernah dibuat aku pulak guna telur itik ke puyuh ke)

40gram TEPUNG GANDUM (yang ini ikut korang lah nak guna tepung gandum apa)

40gram SERBUK KOKO (nak guna 20gram pun boleh, ikut kau orang lah)

1/2 sudu kecil BAKING POWDER (yang ni wajib ya, kalau tak, tak naik lah kek korang, nak letak lebih pun takpe kalau korang nak dia naik setinggi KLCC)
.
.
.
.
.
.
.

CARA CARANYA IALAH :-

PERTAMA

Korang ambil 100gram mentega tu, lepastu korang pukul mentega tersebut sampai jadi macam krim, pukul lama lama sikit tau, dalam 15min tu biar dia jadi macam krim cantik je. Lepas tu, korang letak lah gula kastor tu sikit demi sedikit, jangan letak sedebuk semua tau Lepastu korang pukul la mentega dan gula tu sampai lah dia jadi putih sesuci lebaran gitu.

KEDUA

Lepas dia dah jadi putih sesuci lebaran tu, korang pergi ambil telur ayam, dekat reban ayam ke mana mana, dua biji tau? Lepastu korang pecahkan dua dua telur tu masukkan dalam bekas yang ada mentega dengan gula yang korang dah gaul tadi, masukkan dua dua telur tu, yang kuning dan putih pun masukkan sekali, jangan pandai nak asingkan pulak ha. Lepastu korang sambung lah pukul sehingga sebati, takkan nak biarkan je telur tu macam tu kan? Hehehe

KETIGA

Lepas dah pukul sehingga sebati tu, korang ayakkan lah tepung yang 40gram tu, baking powder dan serbuk koko tu sekali dan korang masukkan ke dalam adunan yang korang dah buat tadi, lepastu korang kacau lah sehingga ia sebati okay.

KEEMPAT

Dah siap kacau semua tu, korang letak lah dalam bekas petak ke bulat ke yang penting boleh masukkan dalam microwave ye bekas tu, ha lepastu korang masukkan lah dalam microwave dan bakar lah kek korang tu, bakar selama 4 MINIT - 5 MINIT dengan power 500 okay? Nanti bila dah masak tu, akan ada bahagian yg macam lembik sikit tau, tapi korang jangan lah gelabah pulak, sebenarnya kek korang tu memang dah siap dan dah boleh makan. Kalau korang rajin nak letak topping ala ala choc moist tu, korang boleh je nak buat, kalau tak, nak makan macam tu je pun boleh dah rasa sedap dah sebenarnya.

Okay lah sekian sahaja resepi dari aku harini, buat yang dah tau nak buat kek guna microwave tu syabas untuk anda, entry aku harini aku cuma nak share bagi biar ramai lagi orang yang baru berjinak nak buat kek tahu. Hehehe.


No comments:

Post a Comment

Sila jaga kata kata anda.Terima kasih.

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png