Saturday, December 31, 2016

Happy New Year 2017

Hasil carian imej untuk happy new year

Hai semua rakan bloggers, disini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut tahun baru 2017 kepada semua semoga permulaan tahun baru anda nanti baik baik belaka dan saya doakan yang terbaik buat semua dan juga untuk diri saya sendiri.

Nak masuk 2017 ni memang tak ada azam pun, cuma doakan diberi kesihatan yang sempurna dan kebahagiaan dan kesenangan dalam hidup. Hehehe

Korang jangan pulak buat benda yang terlarang di ambang tahun baru ni ye? Duduk rumah diam diam tengok tv pun dah okay dari terjebak dengan gejala tak elok pada ambang tahun baru ni. Hahaha.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

Sunday, December 25, 2016

TIPS BERSIN CEPAT DAN SENANG

ASSALAMUALAIKUM | SALAM 1 MALAYSIA

Hai korang, apa khabar semuanya? Hehe, harini dah 25/12/2016 dah. dan dua hari yang lepas result untuk semester 3 aku dah keluar, dan alhamdulillah keputusan yang memuaskan. Pointer? Okay je turun satu point je hahahaha.  Tapi aku tetap bersyukur. Sebab subjek yang aku tak tahu nak target lulus tu, aku lulus siap dapat A-, dalam hati takut betul kalau fail sebab taknak repeat weh.

Ok, apa pun aku bersyukur dan alhamdulillah thank you Allah. Dan, berbalik kepada tajuk entry aku pada kali ini, "TIPS BERSIN CEPAT DAN SENANG" macam kelakar sikit, dan logik ke - boleh guna pakai ke tips ni? Haa, kalau nak tahu boleh diguna-pakai atau tidak tu, biar aku cerita kan serba sedikit tentang tips ini. Okey?

Hasil carian imej untuk bersin

Sebenarnya aku pun baru tahu pasal tips ni, sebab aku baru lepas bersin tadi, dan tetiba macam gatal tangan nak google pasal "bersin singgah", mesti korang pernah alami kan? Dan mesti rasa bengang gila bila korang nak bersin dah ready nak bersin pun dengan mimik muka yang hodoh, eh tetiba dia singgah je. Sabar jelah kan? Hahaha, so dengan itu aku nak share lah tips ini, dari sebuah blog yang aku baca. Aku belum cuba lagi, tapi akan aku cuba setelah aku buat entry ni dan nanti aku update 'testimoni' nya ye. Hahaha

Aku copy beberapa ayat dari blog ini untuk memudahkan korang mengikut tips untuk bersin dengan cepat dan tak ada halangan ni, tapi kalau korang nak baca full entry boleh lah pergi ke blog empunya tips ini ya,    HIDAYAH HILMAN



" SILA PANDANG KE ARAH CAHAYA BILA KORANG NAK BERSIN. TAK KIRA LAH CAHAYA MATAHARI (paling efektik tengok kearah matahari terik), CAHAYA LAMPU KALIMANTANG ATAU CAHAYA DARIPADA MENTOL BULAT. Dengan serta-merta korang akan bersin dan-dan tu jugak.

Korang tak percaya? Cuba la sendiri.

Kaitan dengan teori science ialah, zarah-zarah bersin (bakteria) akan bergerak dengan lebih cepat bila tenaga haba dibekalkan dengan memndang ke arah cahaya. Macamana haba masuk dari pandangan mata dan turun ke hidung, nanti aku kaji kemudian. Hehe... Aku belum masuk bab tu lagi. Dan after korang pandang cahaya 2 atau 3 saat, korang akan terus bersin. Tapi takde lah sampai tercabut hidung. At least korang akan rase lega..aahhhh... dan mula menyembur-nyembur orang sekeliling. Cuba tengok gambar dibawah, mungkin terlalu ekstrim tapi bukankan ini yang anda mahukan??"


Sekian itu sahaja tips dari aku hari ini, harap dapat lah membantu korang yang mempunyai masalah bersin singgah tu ya? Heheh kalau cubaan korang menjadi, sudi sudilah komen, aku nak tahu jugak, Hehehe

Wednesday, December 14, 2016

RESEPI MEMBUAT KEK MENGGUNAKAN MICROWAVE

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SATU MALAYSIA

Hasil carian imej untuk gambar kek coklat guna microwave
(gambar contoh)

Hi semua, so berkenaan dengan tajuk di atas, 'Resepi membuat kek menggunakan microwave', ini aku buat untuk orang yang teringin nak buat kek tapi tak ada oven dan seperti rumah aku lah, tak ada oven nak membakar kek, yang ada hanya microwave oven, kesian betul tapi gigih nak buat kek haa. Dan buat kek guna microwave pun aku dah cuba dengan sendiri sejak dari tahun lepas lagi sebab teringin sangat aku nak buat kek. Dan kek yang boleh buat bukan sebarang kek tau! Kek coklat moist gitu haaaa, kek milo pun kau boleh buat jugak guna microwave ni. So jangan risau dan sedih kalau takde oven dekat rumah, sebenarnya guna rice cooker pun boleh juga buat kek, tapi aku tak pernah buat sebab aku takut kena marah dengan mak aku, kang tetiba rosak pulak rice cooker dia mau aku nak kena ganti yang baru hahahaha. 

Okay, so let's get started, aku akan tunjukkan bahan bahan untuk buat kek coklat menggunakan microwave ni, dan ya gambar kek coklat tu aku main ambil dekat google je, sebab tak sempat nak ambil gambar kek sendiri dah selamat habis dibaham (hiperbole) oleh anak buah aku. Hahahaha. Okay lah, banyak pulak aku membebel, maka dari itu aku akan start senaraikan bahan bahan untuk digunakan.
.
.
.
.
.

BAHAN BAHANNYA IALAH :-

100gram MENTEGA (tak kisah jenama apa, aku guna jenama planta? yang bekas kuning tu)

100gram GULA KASTOR (gula halus tu tau, jangan guna gula tebal tebal tu)
\
2 bijiTELUR AYAM (ini gunalah telur ayam ye, tak pernah dibuat aku pulak guna telur itik ke puyuh ke)

40gram TEPUNG GANDUM (yang ini ikut korang lah nak guna tepung gandum apa)

40gram SERBUK KOKO (nak guna 20gram pun boleh, ikut kau orang lah)

1/2 sudu kecil BAKING POWDER (yang ni wajib ya, kalau tak, tak naik lah kek korang, nak letak lebih pun takpe kalau korang nak dia naik setinggi KLCC)
.
.
.
.
.
.
.

CARA CARANYA IALAH :-

PERTAMA

Korang ambil 100gram mentega tu, lepastu korang pukul mentega tersebut sampai jadi macam krim, pukul lama lama sikit tau, dalam 15min tu biar dia jadi macam krim cantik je. Lepas tu, korang letak lah gula kastor tu sikit demi sedikit, jangan letak sedebuk semua tau Lepastu korang pukul la mentega dan gula tu sampai lah dia jadi putih sesuci lebaran gitu.

KEDUA

Lepas dia dah jadi putih sesuci lebaran tu, korang pergi ambil telur ayam, dekat reban ayam ke mana mana, dua biji tau? Lepastu korang pecahkan dua dua telur tu masukkan dalam bekas yang ada mentega dengan gula yang korang dah gaul tadi, masukkan dua dua telur tu, yang kuning dan putih pun masukkan sekali, jangan pandai nak asingkan pulak ha. Lepastu korang sambung lah pukul sehingga sebati, takkan nak biarkan je telur tu macam tu kan? Hehehe

KETIGA

Lepas dah pukul sehingga sebati tu, korang ayakkan lah tepung yang 40gram tu, baking powder dan serbuk koko tu sekali dan korang masukkan ke dalam adunan yang korang dah buat tadi, lepastu korang kacau lah sehingga ia sebati okay.

KEEMPAT

Dah siap kacau semua tu, korang letak lah dalam bekas petak ke bulat ke yang penting boleh masukkan dalam microwave ye bekas tu, ha lepastu korang masukkan lah dalam microwave dan bakar lah kek korang tu, bakar selama 4 MINIT - 5 MINIT dengan power 500 okay? Nanti bila dah masak tu, akan ada bahagian yg macam lembik sikit tau, tapi korang jangan lah gelabah pulak, sebenarnya kek korang tu memang dah siap dan dah boleh makan. Kalau korang rajin nak letak topping ala ala choc moist tu, korang boleh je nak buat, kalau tak, nak makan macam tu je pun boleh dah rasa sedap dah sebenarnya.

Okay lah sekian sahaja resepi dari aku harini, buat yang dah tau nak buat kek guna microwave tu syabas untuk anda, entry aku harini aku cuma nak share bagi biar ramai lagi orang yang baru berjinak nak buat kek tahu. Hehehe.


Friday, December 9, 2016

SUKA CABUT RAMBUT (Habit)

Assalamualaikum, Hi semua.

Berkaitan dengan tajuk di atas, korang ada tak habit macam kalau tengah boring tu nak cabut rambut, kening, bulu mata tak kisah la mana mana bulu korang ada hahaha. Kalau korang ada rasa suka cabut rambut ke atau mana mana bulu time korang tak buat apa apa, mesti tangan korang automatik akan pergi dekat rambut or dekat mana mana yang ada bulu pada badan korang dan korang pun cabut. Haaa, pernah alami tak or korang memang tengah alami sekarang? 
.
.
.
.
.
Okay, sini aku nak bagitau kalau korang pernah alami perbuatan seperti itu, bermakna korang sedang menghidapi Trichotillomania. Apa itu Trichotillomania? Atau sebutannya seperti ini
                                                         'tri-ko-tilo-mania'
Haa, Trichotillomania ini adalah sejenis penyakit tau. Mungkin tak famous seperti penyakit penyakit lain, tapi ia tergolong di dalam golongan "mental". Tapi dia tidaklah seteruk sampai macam gila nak bunuh diri, no. Tapi, dia boleh jadi sampai ke tahap itu kalau tak dikawal dengan betul.

Ia juga dikenali sebagai "hair pulling disorder" bak kata orang putih hahaha. Kalau dah ada disorder disorder tu memang ia tergolong dalam penyakit "mental" lah ye kawan kawan semua.

Tujuan aku buat entry ni sebenarnya memang ada kaitan dengan diri aku. Aku memang suka gila gila cabut rambut sejak aku kecil lagi. Waktu aku berumur 10 tahun. Dulu, rambut aku memang panjang, tapi aku start cabut rambut bila aku rasa boring tak ada apa nak buat, tangan pun mula cabut sendiri satu satu rambut. At first memang sakit, tapi bila dah kebiasaan buat, jadi rasa macam "wow besntnya" dan rasa nak lagi dan lagi. Kadang kalau tengah tengok tv, baca novel pun tangan boleh pergi dekat rambut nak cabut rambut.

Tapi, aku tak adalah sampai tahap cabut rambut sampai kepala botak macam pesakit Trichotillomania yang ni,
.
.
.
.
.
.

Hasil carian imej untuk Trichotillomania
(gambar sebagai contoh)
.
.
.
.

Korang jangan terkejut, ada juga di kalangan pesakit Trichotillomania ni yang bukan sahaja cabut rambut, tapi dorang juga cabut bulu mata, kening, dan juga bulu di kemaluan pun ada yang cabut. 
.
.
.
.
.
.
.
Hasil carian imej untuk Trichotillomania
(gambar contoh)
.
.
.
.

Rasa macam tak betul je kan penyakit ni? Tapi, ia memang wujud dalam dunia nyata dan aku sendiri alami benda yang sama. Tapi aku tak sampai tahap bulu mata,kening dan kemaluan pun aku nak cabut. Hahaha, aku cuma gian nak cabut rambut je dan sampai sekarang aku masih ada habit yang sama dan aku sekarang tengah cuba stop kan habit yang aku ada ni.

Penyakit ini selalunya, kanak kanak yang hidap penyakit macam ni. Dan ia juga boleh bawa sampai dia dah besar kalau tak dikawal dari kecil. Jadi korang, ibu bapa dan bakal ibu bapa atau akak akak , abang abang yang ada adik adik bawah umur ni, elok lah tengok anak anak korang atau adik adik korang yang kecil tu takut takut dorang ada habit cabut rambut tanpa korang sedar. 

Kalau dah ada penyakit, mesti lah ada punca kan? Okay, punca punca terjadi nya penyakit ni diikutkan oleh orang barat, mostly penghidap penyakit ini mereka mempunyai tekanan perasaan yang tinggi, anxiety, rasa takut juga, gementar, gemuruh juga adalah punca seseorang alami penyakit ini. Tapi, tak lah dekat semua orang, dekat sesetengah lah, contohnya aku.
.
.
.
Ya, aku memang selalu juga alami tekanan perasaan atau orang barat cakap "depression" "stress" . Boleh dikatakan hari hari lah, sebab aku selalu sangat 'lack of confidence' bila ada dekat orang yang ramai, rasa macam aku ni tak guna je duduk sini, aku tak cantik bla bla bla semua kelemahan diri aku, aku nampak dan aku rasa aku tak sesuai ada dekat situ sini sana haaa. Kadang, bila aku cabut rambut tu aku dapat rasa satu kepuasan macam aku boleh lupakan sekejap stress aku ha macam tu, kadang kadang kalau ada masalah pun bila aku cabut rambut boleh lupa sekejap masalah aku tu.

Penyakit ini juga sampai sekarang masih tak ditemui lagi cara cara untuk merawat penyakit ni. Tapi kalau bagi pesakit mcm aku ni yang tak sampai tahap kritikal sampai botak separuh kepala tu masih boleh dikawal lagi dengan pukul tangan sendiri kalau tetiba naik kat kepala nak cabut rambut, and sometimes memang menjadi hahaha. Other ways untuk atasi habit ni, korang tampal lah note dekat mana mana tulis "jangan cabut rambut" "nanti botak takde orang suka" tak pun buat la wallpaper phone korang ke, so that korang sentiasa ingat yang korang tak boleh cabut rambut. Haaa gitu. Tak pun, korang buat lah diri korang busy supaya korang lupa untuk cabut rambut hari ini, esok dan seterusnya dan sampai bila bila sampai dah takde rasa nak cabut rambut dah,


Tapi, bagi pesakit yang hidap penyakit ni dan sampai tahap tak boleh kawal dorang cabut rambut tu, elok lah pergi jumpa pakar pskiatri di hospital yang berdekatan dan dapatkan nasihat dari dorang dari berterusan korang cabut rambut sampai dah botak licin dekat sesetengah area rambut korang tu. Haaa.
.
.
.
.
Dan aku rasa sampai sini sahaja info yang boleh aku beri pada semua tentang penyakit Trichotillomania ni. Aku harap dapat lah membantu sesiapa yang ada habit macam aku ni, dan aku harap agar korang pun boleh stop kan habit ni dari berterusan sampai lah korang dah tua nanti. Malu la kan bakal somi tengok korang takde rambut nanti. Hahaha.


Thursday, December 8, 2016

Trip to PERAK !

Assalamualaikum,


Hi everyone! Semua sihat je kan? Harap harap sihat selalu lah. Okay, aku ada post satu entry pada bulan bulan yang lepas which is dalam entry tu aku cakap nak share pengalaman aku pergi trip ke Perak untuk buat travel louge. And so many good experience I gain from that trip dan yang paling penting aku dapat buat aktiviti bersama dengan Kamal Adli dan Kamaliens ^^

So, lets begin!

5 August 2016

Aku gerak pergi Perak dalam jam 6:30PM, naik bas dekat Terminal Sentral Kuantan. time ni memang rushing gila sebab pagi tu aku ada class, dan petang tu sorang groupmate aku ada meeting nak kena handle dan pukul 6:15PM macam tu baru gerak pergi Terminal Sentral Kuantan, dalam kereta punya berdebar la takut terlepas bas kan. kawan aku yang tengah drive ni, punya lah drive laju gila kot ahahaha macam toretto pun ada. ok, sampai je dekat terminal, dapat announcement yang bas kitorang delay sekejap. okay tenang la sikit. kan pastu, kitorang siap siap shoot dekat terminal sentral tu untuk trip travellouge kitorang.

kitorang sampai perak dalam jam 2-3 pagi macamtu. kitorang stay dekat rumah kawan aku dekat Kampar,Perak.

6 August 2016


Pagi tu kitorang bangun dalam jam 8 pagi, penat punya pasal kan. lepastu bangun je dari tidur groupmate aku cakap staf gua tempurung tu whatsapp macam dia syorkan kitorang join trip gua tempurung dengan kamal adli punya fans. kitorang mcm wow seriously! hahaha terus agree je. terus siap pergi mandi, breakfast dan gerak pergi gua tempurung. tak jauh mana pun tempat dia ada la dalam 15 minit dari rumah kawan aku ni.

sampai je kitorang disambut baik oleh staf gua tempurung tu. dorang semua memang humble gila. layanan yang terbaik.

.
.
.
.
.
.


happy gila kot muka sampai sebab tak sabar nak hiking dalam tu. hahaha
ni betul betul dekat main entrance sebelum masuk gua tempurung tu.


sebelum masuk dalam gua tempurung. excitednya!


okay, jom masuk, tak sabar dah ni nak tengok suasana dalam gua tempurung tu.


look at the crowd in there. haha kitorang masuk sekali dengan chinese student dalam tu.
masuk je terus rasa sejuk tau.


kena naik lagi tinggi lagi tu


student student dari sekolah cina. taktau la apa nama sekola dia. tapi budak budak je majoriti nya.


ni dah almost sampai ke akhir perjalanan kami dalam gua tempurung. time ni phone punya flash buat hal pulak tetiba gambar jadi kabur.


selesai pengembaraan kami hehehe mengambil masa dalam 3 jam jugak la dari pukul 10 pagi macam tu tak silap sampai dalam 1 tengah hari.


muka kepenatan selepas selesai hiking. hahaha but it was a very great experience i've ever had. tak mengah tak rasa penat sebab I really enjoyed the trip!


makanan tengahari kami yang disediakan oleh pihak GT. ni dah termasuk sekali dengan bayaran kami dekat sana tu. tak ingat lah berapa tapi dalam rm80 macam tu sekali dengan river tubing.

Okay, dah selesai pengembaraan dalam Gua Tempurung, sekarang kitorang nak pergi river tubing pulak dekat gopeng if I'm not mistaken tempat tu. perjalanan tak jauh pun dekat je dengan GT tu.
.
.
.
.
.


ni dah sampai dekat tempat nak river tubing tu, tapi duduk dalam kereta sebab nak tunggu kamaliens dan kamal adli sampai ke destinasi. hahahaha time ni habis kitorang touch up balik muka yang dah berlemih waktu mendaki dalam gua tadi.
.
.
.
.
.


muka yang agak nervous ni sebab waktu ni kamal adli dah sampai ke destinasi nya. heheh berdebar pun ada hanya tuhan yang tahu. ok tengok next gambar pulak.


look who's there! kamal adli. hehehe ada gambar kami bertiga bergambar dengan dia tapi lupa nak save dari facebook abg fazly yang uruskan trip kitorang waktu tu.


ready to go to river tubing. hehehehe


pakai safety helmet.
.
.
.
.

I'm sorry sebab tak boleh nak share gambar aku river tubing haritu sebab semua gambar dalam fb abg fazly and tak sempat nak save semua sebab dah remove abg fazly tu atas sebab tertentu hahahaha. but last not least, nah aku share kan gambar bersama kamal adli selepas habis beriver tubing. 
.
.
.
.


with Kamal Adli, I look so small standing beside him weh. anyway, dia sangat humble, I still remember the moment bila aku tak sempat nak capai tali waktu staf baling untuk capai supaya tak hanyut, and he saved me at that time, he grabbed my hand and pulled me to the side, rasa macam nak nangis je time tu baiknya hahahaha rasa macam "eh artis tolong aku la" hahahah . kenangan kenangan yang takkan dapat dilupakan bersama kamaliens dan kamal adli, for sure akan kenang sampai bila, insha Allah.

.
.
.

7 August 2016

hari terakhir di perak, dan hari tu jugak last travellouge kami di Perak, di Kellie's Castle. gambar tak dapat nak upload juga dekat sana sebab memory phone buat masalah tak sempat nak transfer. but to be honest, i do love the scenery dekat Kellie's Castle dan sejarah dekat situ memang buat rasa meremang hahaha. tempat dia cantik sangat dan sesuai kalau nak buat wedding photoshoot kat situ. 

maka dengan ini, berakhirlah entry trip to Perak aku yang tak seberapa ni, banyak nak tulis tapi tak dapat nak luah satu satu la. korang yang rasa nak pergi travel dengan kawan kawan, aku syorkan pergi Gua Tempurung sebab dorang ada package sekali dengan river tubing, harga pun sangat berpatutan.

so, that's all from me, thank you!








 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png