Thursday, January 28, 2016

followers berkurang & JOM FOLLOW! SAYA FOLLOW BACK!

ASSALAMUALAIKUM

Hi korang, lama jugak aku tak update new entry ni sebab wifi dah kena limit kuota sekarang tinggal unlimited basic je. Huhuhu, jadi nak tungu dia loading untuk buka site blog ni memang lambat lah cerita dia kan.

So, harini aku sempat update since wifi mcm okay sikit even belum masuk kuota baru lagi, aku baru perasan yang followers blog aku makin menurun. haritu #206 followers, sekarang tinggal #200 je. sedih hati kita. kita ingatkan korang korang ni unfollow kita, rupanya sebab blog dah tukar rules yang baru untuk follow.

Haih. penat juga la menunggu sampai #206 walaupun tak berapa banyak, tapi bagi aku yang belum mencecah #1000 ni pun rasa macam ish, kenapa lah blog ni remove.

TAPI,
takpelah, kita cuba move on dan cari followers yang lain, so bloggers yang lain jom lah follow saya, saya akan follow korang balik! :)
ni bukan segmen, tapi macam segmen tapi bukan juga, follow sukasuka je, sama sama follow okay?



Sunday, January 24, 2016

Yuna - Gadis Semasa


Dulu aku minat betul dengan lagu lagu YUNA. and yes until now i'm still into her song
but dah kurang lah since i'm kpopers. hahaha
but her song is the best doh.

GADIS SEMASA - YUNA 

Saturday, January 23, 2016

NUFFNANG IS MISSING!


Anyone knows what happen to Nuffnang?
Setiap kali aku buka blog di laptop/web mesti Nuffnang aku tak keluar.
Bukan sekadar Nuffnang di blog aku je, tetapi blog orang lain pun sama.

Tapi,
bila aku buka blog di handphone, keluar pula.
Huhuhu, korang ada masalah sama macam aku tak? Or aku sorang je yang mengalami masalah macam ni

Kalau korang tahu kenapa jadi macam ni, sudi sudi lah bantu aku and komen dekat entry ni ya. Help me kengkawan!

THANKS

Friday, January 22, 2016

Berwajah Baru


ASSALAMUALAIKUM

Finally blog aku pun dah bertukar wajah baru dan full edit by myself.
Hahaha. dah tak guna blogskin lagi sebab i'm trying to learn how to use denim template and finally, yeay walaupun tak berapa pro lagi but im trying right?

Header tak tukar, sebab masih tak ada idea untuk buat header macam mana. Dan dalam mood assignments + homework + presentations!
Jadi idea untuk buat header baru tu memang masih 'kosong kosong kosong'
Tunggu balik cuti raya cina nanti, mungkin akan ada idea macam mana nak buat header baru.

anyway 

Thankyou #206 followers and i'm counting to #1000 followers!

Segmen Blogwalking + Bloglist #2

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

ALFATIHAH BUAT MAKCIK SAYA, ROHANI.

Innalilahiwainna Ilaihirojiun.
Setiap yang hidup, pasti akan menemui kematian. 
Seperti kita manusia, kita juga akan menemui kematian. 
Masa, Di mana?
Itu semua telah pun dirancang oleh nya.

Semoga mak andak tenang disana hendaknya.
A;-FATIHAH


Monday, January 18, 2016

Hai people!

Assalamualaikum readers sekalian! (ada ke readers?)

Hehehe, setelah beberapa harinya aku tak update kali ni, yeah i'm back dengan semangat baru yang berkobar kobar untuk update new entry. Kehkeh.

Lately ni, aku memang busy dengan kuliah, homework, presentation dan bakal assignment. Ya rabbi stressnya aku. Tapi aku harap untuk sem ni juga aku dapat kekalkan pointer aku seperti sem lepas atau naikkan sikit pun dah okay. Tak minta banyak, tak minta 4 flat, cause I know I can't get it, sekadar dapat 3 above pun dah okay asalkan aku tak ada repeat any paper.

So, after this aku akan mungkin lah kerap kot tapi tak janji lah, sebab aku baru beli wifi sendiri, hehehe so mungkin ada lah masa kot aku nak update, kalau tak busy dengan perkara perkara dekat sini lah.

Anyway, thank you guys for the #204 followers an im counting to #1000 followers! yeay, nanti aku buat giveaway untuk followers yang ke #1000 okay!

inshaAllah.

so, itu jelah, Assalamualaikum :-)

Saturday, January 16, 2016

Sakit.

Sebab selalu sangat simpan dalam hati.
Kalau sakit pun, tahan je.
Sebab kalau crrita drkat orang, orang takkan faham

dan,

Aku sendiri pun tak faham dengan apa yang aku rasa.
Mungkin, sebab terlampau banyak bebanan dalam kepala yang aku dah lama simpan

Tengok orang lain bahagia,
aku pun nak rasa bahagia.
Tapi, bahagia bukan untuk aku.
And. It will never be.

Kadang aku mencari cari dimana kebahagiaan aku?
Aku bahagia, bila tengok wajah anak buah aku.
Gelak tawa mereka, kenakalan mereka buat aku tenang.

tapi,
Aku manusia. Rasa sakit nya tetap ada.
Tenang macam mana pun aku, tetap akan sakit diakhirnya.

Sunday, January 10, 2016

thank you #200 followers! - Giveaway jika capai #1000 followers !

Assalamualaikum!

Hai korang! MashaAllah, kira lama juga tak buka blog dan tak update. Almaklumlah macam yang aku beritahu di previous posts yang hostel aku tiada wifi, kalau nak wifi kena guna persendirian. Letih!
Terpaksa lah aku menggunakan data untuk update blog.
Tapi hari ini, aku tak update menggunakan laptop macam selalu aku update.

Aku guna phone je harini, walaupun tak berapa selesa disebabkan, yelah kita blogger mesti nak update melalui laptop! Baru lah rasa puas dan selesa kan? Tapi, nak buat cemana, hati nak update sangat. Lagi pun, nak update melalui laptop, data aku slow dan ianya akan mengambil masa yang begitu lama untuk loading website blog itu.

Jadi, dengan adanya BLOG apps di phone aku, mudah lah untuk aku update. Ok, dipendekkan cerita, or back to the main point yang aku nak cakap adalah, aku nak ucapkan terima kasih untuk followers aku yang ke #200 . Terima kasih awak! Saya akan followback awak balik jika saya berkesempatan untuk online di laptop ya?

Alhamdulillah, dah cecah jumlah #200 . Dan aku harap akn terus cecah #1000 followers. Jika cecah #1000 followers di blog aku, inshaAllah jika diizinkan Allah, aku nak buat giveaway untuk korang sempena followers blog aku yang ke #1000 nanti.

Hehehe, baik lah, esok aku dah start kuliah / kelas. Mungkin sukar lagi nak update "kot". Dan aku terfikir untuk beli wifi peribadi, mudah untuk aku juga nanti, tapi kena bincang dengan parents aku dulu.
Ya lah, kami bukan orang senang. Siapa pula nak bayar bil wifi di rumah dan wifi aku nanti kan?

Hehe apa pun, berserah pada ALLAH.

Bye! Dan terima kasih untuk followers saya yang ke #200 . Kamsahabnida!

Friday, January 8, 2016

New sem started!

ASSALAMUALAIKUM!
Seharian semalam tak update rasa pelik betul, well aku dah start new sem for this year
dan semalam agak busy juga mengangkut barang barang masuk dalam hostel baru untuk sem baru ni
dan juga kena daftar dan berpanas panasan.
Heheh,

So far, my new sem ni quite okay lah, tapi sebab class kami belum start lagi, so agak rehat juga lah minggu ni. Hehehe.
Cuma masa nak update blog tu tiada disebabkan ketiadaan wifi dan aku terpaksa menggunakan data peribadi huhuhu data ye bukan dara!

Nak tunggu internet burung hantu memang aku sempat melelapkan mata dulu, sebab aku guna internet burung hantu untuk menonton dramaCinta Si Wedding Planner, Cik Cinderella dan Encik Tengku, Aku Pilih Kamu, di tonton.my

Jadi bila nak update blog memang susah.
Okay lah aku update lagi, nak pergi kafe. hehehe bye.

Wednesday, January 6, 2016

400 Bad Request - NUFFNANG


ASSALAMUALAIKUM!

Hai korang, 400 BAD REQUEST whenever I tried to enter nuffnang site, adakah aku seorang saja yang mengalami perkara seperti ini atau korang pun sama?

Aku pelik juga sebab dekat sidebar aku encik Nuffnang asyik tak muncul muncul, jadi aku pun cuba untuk menGoogle website Nuffnang dan ternyata yang aku dapat adalah 400 BAD REQUEST. okay pernah belajar dah pasal 400 BAD REQUEST ni waktu class Computing Fundamental, dan aku dapat A untuk subject tu, lol tetiba.

Okay, anyone ada yang tahu tak kenapa jadi macam ni? 
Pelik juga aku nuffnang aku dari malam tadi tak muncul, pagi ni aku check pun sama tak muncul. Tapi, bila aku pergi profile orang lain, muncul pula Nuffnang mereka. Hehehe main main betul Nuffnang ni.



Lagu dan Terjebak ke alam kpop.

IU - LOST CHILD (MIA)

Assalamualaikum
Hai korang, sebenarnya aku nak sangat letak lagu dalam blog, and lagu yang aku tunjuk dekat atas ni, lagu daripada IU-Lost Child. my old favourite songs. Waktu tu aku masih budak hingusan lagi, ya lagu korea. Aku memang berkpop dari zaman aku sekolah iaitu pada tahun 2009, sekolah menengah time ni baru form 1. Waktu tu aku cuma kenal group 2NE1 dan 4MINUTE dan BIGBANG je, tak boleh nk explore lebih lebih group sebab waktu tu parents aku tak mampu lagi pasang wifi atau broadband dekat rumah, dia nak suruh anak dia belajar. Hahaha

Tapi..

tahun 2010, baru lah parents aku beli broadband itu pun setelah mendapat desakan dari aku dan kakak aku, katanya sebab sekarang ni sekolah banyak nak cari info dalam internet (kononnya,padahal nak main MySpace) waktu tu kan MySpace popular gila, lepastu baru lah wujudnya facebook tapi kesian lah aku sebab tak sempat nak alami  untuk main friendster dan yang lain lain, waktu tu aku cuma ada MySpace,Facebook dan Tagged. Tagged kau! Siapa main? Penuh orang orang yang agak pemikiran kuning juga kat situ, tapi aku tak layan sebab aku main untuk suka suka LOL, bajet bajet jadi artis juga masa tu.

Bila diingat balik zaman zaman budak hingusan dulu memang kelakor lah, aku start berKpop sebab dipengaruhi oleh kawan aku iaitu, Lina (kawan sejak tadika), dia pengaruh aku suruh aku dengar lagu 4MINUTE yang bertajuk (What A Girl Wants) dan juga 2NE1 (I dont care) dan BIGBANG ft 2NE1 (Lollipop). Dan aku pun terjebak, lepastu akak aku ajak tengok cerita korea yang agak famous waktu tu, BOYS OVER FLOWER! Siapa tak tengok time tu dia tipu! Hahahaha feeling habis tengok waktu tu.

Then, aku pun mula lah dengan tengok drama korea yang lain lain, iaitu My Girl. Itu salah satu fav aku dari dulu sampai lah sekarang, kalau tengok tak sah tak nangis, sama macam BOYS OVER FLOWER tu. Dan akhirnya, aku pun berkpop sampai lah ke hari ini, dan aku mula realize yang aku start hardcore on satu group ni iaitu T-ARA dan BEAST iaitu waktu zaman zaman Oh! My School. Sumpah rindu kot nak tengok shows tu, hahaha. Aku start jadi DIADEMS (waktu tu fandom t-ara adalah diadems tapi sekarang dah QUEENS) dan juga B2uty waktu 2010 lah. Sampai lah ke hari ni aku support T-ARA, sejak kejatuhan diorang pun aku ada dengan diorang, serious memang tak boleh move on dari minat T-ARA, they are so precious to me, tak tahu kenapa. Sama macam BEAST, walaupun aku banyak tersuka dekat male group lain tapi aku tetap suka BEAST. Hehehe dan tak lupa juga kepada 4MINUTE dan 2NE1 dan BIGBANG sebab membuat kan aku terjebak ke alam kpop sampai  ke hari ini dan kepada kawan aku dari zaman tadika-sekolah rendah-sekolah menengah sampai hari ini, Lina, yang buat aku terjebak juga. Hahaha

Okay tetiba membebel pasal zaman hingusan aku kan? Point nya aku nak cerita yang aku nak letak lagu dalam blog je, Yes nak letak, tapi macam menyusahkan orang lain dan diri aku sendiri bila buka blog aku, ye lah tak semua guna wifi laju dan tak ada quota kan, kena yang ada quota tu habis pula quota mereka sebab terpaksa mendegnar lagu di blog yang bukan dorang nak dengar pun, luls.
Jadi aku batalkan hasrat tersebut, tak pelah aku dengar sendiri sendiri je.

Kehkeh, anyway sesiapa yang kpopers dekat sini, cerita lah macam mana korang boleh terjebak dengan kpop? Pada zaman bila? Nak tahu juga, and boleh post link entry korang dekat komen aku atau cbox dekat tepi ni, aku sudi juga nak baca.

BYE !

First Giveaway by Nuruleaida


Anyone yang rasa nak bercuti ke Gambang Water Park? Tak kisah lah cuti sekolah dah habis ke, weekdays boleh bawa juga kan hehe and of course to myself sebab aku belajar dekat kuantan and tapi tak pernah jejakkan kaki di Gambang Water Park, eh pernah jejak tapi tak pernah main dekat dalam tu lagi, jejak sebab ada dinner untuk course aku je. HEH.Okay, so,  korang boleh join GA dari kak Nuruleaida ni, kalau nak mencuba nasib!

So, dengan ada nya giveaway dari NuruleAida ni, aku pun cuba lah nak join mencuba nasib, mana tahu kot kot dapat ticket free nanti boleh lah aku pergi dengan roommate aku kan? Hehehe doakan lah agar aku terpilih ya. Teringin sangat nak pergi, sebab aku memang suka pergi theme park ni, kalau diberi pilihan honeymoon, aku akan pergi tempat tempat macam ni je, hahaha umur dah angka 2 kat depan tapi still macam kanak kanak. 

Dulu waktu gambang water park first buka, aku tak dapat pergi pun, pergi just singgah macam tu je and beli souvenir sebab waktu tu nak masuk dia agak mahal dan mak dan ayah aku tak mampu lah nak bayor, kita dah besor besor, sedangkan budak budak pun dah mahal waktu tu,
tapi sekarang harga dia dah murah, so I want to try my luck lah!

Hehehe, sesiapa yang berminat untuk joing GA ni,boleh lah klik banner di atas ya!
Selamat Mencuba! 

Tuesday, January 5, 2016

Tick tock


I will be going back to college on 7th January.
Haih, sedih pula rasa sebab lepas ni dah susah nak update blog, since dekat hostel tak ada wifi.
Kalau nak wifi, persendirian jelah. Haha
Nak guna data, slow. Kena guna internetBurungHantu, tu pun pukul 1 pagi. ya Allah rajin pulak lah kan aku nak tunggu sampai pukul 1 pagi semata mata nak update.

Hehehe, anyways welcome to my college to my dearest junior!

NEWBORN BABY GIRL (niece)


Assalamualaikum

Baiklah sebenarnya aku dah lama nak update entry berkenaan my new baby born niece, yeay alhamdulillah finally, aku dapat juga anak buah perempuan yang kedua. Sumpah excited sangat sangat.

Pada 22 November 2015, 3:05AM
Lahir seorang puteri yang diberi nama Afrin Imani Qaisara binti Masrin.
Excited sangat bila akak aku cakap dia dapat anak girl, sebab aku memang harap sangat dapat baby girl since aku ada sorang je anak buah perempuan yang nakal sangat and I wish to have another one too tapi tak nakal lah biar comel comel macam acu dia hahaha.
Dan lagi satu sebab, aku ni penggemar make-up juga so I wanted to make-up my anak buah untuk dijadikan testimoni make-up aku, and now aku ada testimoni yang kedua! Hahaha, kami panggil dia "Q" for short from "Qaisara". How to pronounce it? Alah macam kau sebut "Q" (kiu) haa macam tu jelah pronounce dia. Hahaha, mak aku beri nama tu and so far baby Q ni okay je bila panggil nama tu dia tak nangis pun malah mencari cari bila orang panggil nama tu. Hehehe



So,  ni, adalah gambar Baby Q, waktu ni baru 5 hari atau 4 hari lah kalau tak silap, waktu ni baby Q kena kuning lagi, kesian dia.
Kesian Q time tu kena kuning, almost 2 weeks juga lah, tinggi juga kuning dia dalm 12 macam tu, sedih tengok Q hari hari kena pergi klinik and injection ><


Ok ni pula gambar Q waktu umur berapa hari lah tak ingat, mungkin sebulan kot? Eh I'm not sure la sebab ni gambar lama jugak letak dalam laptop, ada gambar baru dalam phone tapi malas sangat nak transfer, hahaha.
Q memang suka sentil kan lidah dia, eeee geram betul kalau tengok, and mata dia bulat gila tau!

P/S : Q pakai baju abang dia waktu abang dia baby, sebab time ni tak ada baju gegirl untuk baby huhuhu.

Itu lah dia, my penawar duka, cinta hati saya, Baby Q. Rindu sangat dekat dia, sekarang dia dah tak ada dengan aku dah, dia dah balik Melaka huhuhu. Aku suka cium dia kalau bangun pagi pagi, tapi sekarang dia dah tak ada, rasa sunyi sikit hihi.
Tapi, takpalah insyaAllah raya cina ni nanti aku dapat jumpa dia lagi, hehehe acu tak sabar nak jumpa awak Q, nak cium awak puas puas.






K-THINGS "T-ARA BORAM FAN SERVICE"


Boram of T-ARA are so kindhearted and warmful.
I wish that I can meet her again, and have a chat with her too.
She did not have much fans like the others members (I guess)
But I do love her very much and I wish that she will get more attention too
Long live our Jeon Bo Ram!

p/s : I do not own the photo.

Photo credit : Facebook, i-BORAMSTAN United

Kenangan.

Assalamualaikum

lately ni, banyak betul orang kawin pada usia yang muda kan? habis SPM terus kahwin, kadang tu tak sempat habis SPM pun dah kahwin, apa pun reasons dorang kahwin awal mesti ada reason yang tersendiri kan, kita siapa nak menokok nambah cerita?

Okay lah, begini, baru baru ni, kenalan rapat aku yang mana aku kenal sewaktu aku di PLKN dulu dah pun berumahtangga pada 25 Disember 2015 yang lepas. SubhanAllah, kawan aku sendiri dah kahwin dan dah mencipta rumahtangga bersama insan yang tersayang. Nama beliau, fikah. Aku lebih selesa panggil dia fikah.
Tapi,
persahabatan kami tak ada lah lama mana di PLKN, dia ada lah orang pertama yang aku jumpa sewaktu di checkpoint kat Terminal. And the first one yang greet aku and asked me to sit with me dalam bus, she was a good friend tbh. Waktu dalam PLKN so far aku memang selalu dengan dia, cuma kami lain kompeni saja. Aku kompeni Delta dan dia kompeni Alpha.

macam yang aku cakap tadi, persahabatan kami di PLKN tak lama, sebab seminggu selepas di PLKN dia kena balik, sebab ada sakit yang tertentu, sewaktu JL pada malam tu umumkan di kantin bahawa dia kena balik, I was very sad TT. yelah, dia kawan pertama aku jumpa, dan tiba tiba dia kena balik. tak sempat kami nak merasai pengalaman di dalam kem bersama. tapi, itu lah kan nak buat macam mana, Allah dah tuliskan nasibnya sebegitu.

tapi, persahabatan kami tak ada lah sampai disitu saja, malah kami masih lagi berhubung sehingga ke harini. Dan tadi baru aku tahu bahawa dia telah pun mendirikan rumahtangga. Tahniah buat awak fikah, semoga berkekalan sehingga ke akhirat nanti. Amin

Since that I forgot where did I put my picture with her, so, aku tak boleh lah nak upload dekat sini. Hahaha, tak tahu lah dekat album mana aku letak, totally forgot sangat. Haih, tak apa lah, asalkan our friendship last longer, insyaAllah. semoga bahagia, sahabat.




(girls) PETERPAN BOOT TO LET GO! HARGA MURAH!





ASSALAMUALAIKUM !

PETERPAN BOOT TO LET GO!

ONLY USED ONCE !
STILL IN GOOD CONDITION 95/100
SIZE 4 (normal feets, small feets)
RM 50 INCLUDING POSTAGE! (SM/SS)
(original price rm80)

BERMINAT? ATAU SEBARANG PERTANYAAN
BOLEH HUBUNGI SAYA DI

WHATSAPP : +6019-765-6018


REVIEW - SHAWL by TRI.O.NA



ASSALAMUALAIKUM.

Baiklah, harini saya nak share di mana korang boleh dapatkan tudung yang murah murah dan juga baju kurung moden yang murah murah. Bagi sesiapa yang sekarang ni tengah mencari tudung baru, shawl baru, atau baju kurung baru untuk dipakai pergi kerja/kelas/rumah orang kahwin pada tahun 2016 ni, korang boleh pergi ke IG yang saya tunjuk dekat atas ni. @tri.o.na_

IG ni jual tudung dan shawl dan juga baju kurung moden yang murah murah dan harga yang sangat berpatutan. Jangan risau, korang mampu untuk membeli nya sebab harga dia tak sampai pun beratus ratus macam tudung yang lain. Harga dia sangat berpatutan!

Bagi penggemar shawl, anda juga boleh mendapatkan shawl yang menarik kat sini, sumpah demi Allah shawl dia selesa sangat dan sejuk je bila pakai. And corak dia pun menarik, so sesiapa yang minat pakai shawl tu boleh lah jemput datang dekat IG ni.

Bagi penggemar tudung bawal crepe pula, sekarang ni bawal crepe dekat IG ni ada bawal crepe yang terbaru, siap ada lace lagi, 

Ha, tu dia bawal crepe lace. Memang cantik sangat sangat! Selalu korang tengok bawal crepe yang plain je kan, ni kali ni bawal crepe plain tapi dia tambah lace sikit dekat bawal tu, sumpah demi ALLAH saya tak tipu, memang cantik sangat bawal ni! Sebab saya ni student, and dekat kolej saya tak boleh pakai shawl, kena pakai bawal. So saya pakai lah bawal crepe lace ni, and ramai juga yang tegur bawal ni cantik. Bagi sesiapa yang berminat untuk beli bawal crepe lace ni, korang boleh contact owner dia kat bawah ni,

INSTAGRAM : @tri.o.na_
WhatsApp : +6013-474-6141
(call tidak dibenarkan)

Korang dialu alukan untuk membeli shawl dekat dia ni, sebab harga dia memang berpatutan, sumpah tak tipu! Kalau korang pakai tudung dia ni confirm jadi cantik terus ha ramai peminat semua beratur minta no telefon. Hehe.

Terima Kasih dan Selamat berOnline shopping!

Monday, January 4, 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Baiklah mengenai blog saya, actually saya baru start berblogging balik, saya dah lama create blog ni iaitu pada tahun 2010, and sekarang baru nak start blogging semula semenjak dah cuti sem ni, dan insyaAllah akan berterusan sampai hari hari yang mendatang.

Mengenai blog saya pula, actually more to personal posting and share something yang berguna untuk orang yang bacanya. Dan kadang ada juga membuat review tentang something yang saya guna or review tentang blog orang lain, but yang paling main nya adalah posting about my personal life.

Siapa saya?
Nama saya, Erin Isa, dan pada tahun 2016 ni saya berumur 20 tahun dan sekarang masih melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang english. Namun begitu saya tak ada lah power mana pun cakap english, tapi alhamdulillah day by day I improve myself. Hehehe, tapi ambil bidang english pun, saya lebih selesa cakap bahasa melayu, hehehe. 

Apa yang saya mahu capai menerusi blog saya pada tahun 2016?
Impian saya agar blog saya ni dapat jadi sebagai sumber rujukan bagi orang lain, dan kalau ada yang ingin saya review tentang story mereka atau barangan mereka, saya sudi menolong. Dan juga agar saya boleh share sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, dan akhir sekali agar masa lapang saya dapat terisi dengan berblogging. Hehehe dan haruslah, semua orang nak increase kan follower kan? Termasuk lah saya. 

Jadi, bagi sesiapa yang ingin join segmen ni, boleh Klik banner warna oren kat atas tu ya. Mari kita tambahkan follower kita sama sama, dan boleh kenal antara satu sama lain.
Selamat mencuba!


Anugerah MeleTOP ERA kini datang lagi!


EXCITED?
Yes! Seharusnya, finally Anugerah MeleTOP ERA kini datang lagi, dan kali ni
lagi banyak artis artis yang tercalon. Dan yang paling penting, SHARNAAZ AHMAD, abang aku pun tercalon juga, lagi banyak kategori dia tercalon pada tahun ni, and I'm so excited.

So, korang semua tak excited ke? Nak tengok artis artis favourite korang menang untuk AME 2016 ni, so, kalau nak tahu artis korang tercalon dalam kategori apa, boleh Klik banner AME dekat atas ni, dan rajin rajin lah mengundi ya? and kepada SAF (Sharnaaz Ahmad Familia), korang jangan lupa undi abang kita okay!! Pastikan semua kategori dia ambil. Hahahahah

Tarikh tutup undian online untuk AME adalah pada : 15 Januari 2016, jam 12 tengahari.

So, apa lagi, jom ramai ramai kita mengundi artis artis pilihan masing masing! Kalau aku? Aku mestilah undi abang kesayangan aku, Sharnaaz Ahmad. Hehehe

Undian hanya sekali sehari ya kawan kawan. Bagi mana mana yang malas nak bukak laptop,komputer,pc untuk mengundi tu jangan risau, korang boleh install apps Raku di Appstore (bagi pengguna IOS) dan Playstore (bagi pengguna ANDROID). Senang je kan? Jangan pening kepala memikir macam mana nak undi kalau tak ada laptop pun, hehehe sekarang dah maju kan, majoriti orang semua guna smartphone, so korang boleh install Raku App di smartphone korang ya.

So, selamat mengundi!

Sunday, January 3, 2016

YOU FOLLOW I, I FOLLOW YOU

kak yaya

Assalamualaikum, kawan kawan, Tu dia, aku update lagi, hahaha kali ni aku nak join kak YayaCendana punya segmen yang bertajuk You Follow I, I Follow You.
cara cara dia mudah je, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah bukak blog kak Yaya! 
Boleh klik banner di atas ni, yang ada muka kak yaya ni untuk join segmen ni.


Terima Kasih.

Moment with T-ARA

Assalamaualaikum.

okay, harini aku nak tunjuk some sneak peak waktu aku pergi konsert T-ARA tahun lepas dekat Danga Bay, 29 March 2015


so ni adalah dimana tempat yang aku duduk waktu konsert tu, tapi aku tak duduk pun, aku berdiri hahaha. disebabkan aku lewat sampai, jadi aku tak dapat lah pass vip untuk duduk dengan selesa dan tengok t-ara dengan selesa. tapi tak apa lah kan, at least aku dah sampai dekat situ huhuhu.


okay ni, aku dengan adik angkat aku, tengah tunggu T-ARA untuk perform. excited betul time ni, and kaki dah lenguh gila menunggu, sebab before diorang perform tu ada magic shows, and pertunjukan magic tu quite interesting jugak lah. 


and here it is! T-ARA baru keluar untuk perform, masa tu first song yang diorang perform, kalau aku tak lupa adalah SUGAR FREE! aku punya jerit masa tu, ya Allah, sampai tak ada suara, ya lah excited punya pasal sebab dapat tengok T-ARA perform live depan mata even tempat aku jauh dengan stage. tapi berpuas hati.


walaupun aku jauh dari stage, tapi aku dapat juga ambil gambar dorang dekat stage and im so satisfied with my self sebab berjaya! hahahaha. i can see, from left, Hyomin,Qri,Boram,Soyeon,Jiyeon and Eunjung dan sebelah Eunjung tu MC pada haritu.


okay ni close up sikit muka t-ara, hahaha ni dekat skrin yang disediakan dekat tepi stage. puas hati jugak even jauh dari stage tapi dapat tengok dekat screen muka my bae semua ni! cantik sangat diorang. and time ni dorang perkenalkan diri dorang
"Hello Malaysia, we're T-ARA!"
semua orang menjerit time tu, termasuklah aku, aku punya jerit jangan cerita lah, sampai orang sebelah tengok tengok, HAHAHA aku peduli apa, kalau dah fangirling! 


aku ingat lagi waktu ni, Soyeon tanya penonton

"Are you guys HOT?"

penonton jawab

"YESSSSSSSSSSSSSSSSS!" (termasuk aku)

then Soyeon replied with,

"WE ARE MORE HOT BECAUSE OF YOU GUYS!!!!!!"

and the audience semua SCREAM OUT LOUD! termasuk aku, sampai aku tak ada suara time tu. Hahahaha.

diorang sangat sangat friendly, even aku tak dapat greet and meet them face to face, tapi cara diorang layan penonton masa tu, amat memuaskan. and I can said that T-ARA are the best group with the best fanservice, kalau tak percaya,boleh youtube / google!
despite dorang punya rumors about bullying tu yang mana rumors tu memang tak betul pun, but till now netizens are still believe in it, mungkin dorang bodoh sebab tu dorang still percaya. LOL


Ni pula, goodbye stage dorang. time dorang nak tinggalkan kitorang semua tu, ya Allah sedihnya, hahaha. How I wish they will never say goodbye, and nak show tu tak berakhir, dorang perform lebih kurang 12-14 lagu kalau aku tak lupa, since benda tu dah lama sangat but still terpahat lah moment nya dalam ingatan.

actually aku ada beribu gambar waktu konsert tersebut, tapi aku cuma post sikit ni je, and ada video juga antara gambar gambar, tapi aku terpaksa post sikit ni je sebab, aku penat lah nak menaip nak menunggu loading video tu diupload. hahaha kalau nak tengok how t-ara perform pada malam tu, boleh pergi youtube, and taip "t-ara at danga bay 2015", confirm ada punya. banyak.

orang akan cakap, "WHO'S T-ARA, AKU KENAL SNSD JE", like my lect said lah waktu dekat kolej, tapi tak ada lah dia cakap "kau aku" dengan aku, cuma dia tanya, hahaha and I explain about T-ARA to her very well. even explain pasal t-ara dekat dia pun aku rasa proud with myself, lol

my wish was, aku nak T-ARA diterima semula dekat korea, to all k-netizen you guys are dumb as hell. korang tak nampak ke how's t-ara perform sekarang ni? they are being well known dekat china, and all c-netizen terima dorang. and all the awards they've got, untuk siapa? untuk banggakan korang juga k-netizens. 

okay, aku patut stop sebelum aku complain panjang tentang ketidakpuashatian terhadap k-netizen dekat sini, hahaha

last but not least, aku harap aku dapat join lagi concert macam ni, but concert only with T-ARA, amin amin. thats my wish! 


p/s : watermark yang ada pada gambar tu, adalah username aku di my fangirl account, tapi nama tu dah pun ditukar. tu nama lama. hehe.




Segmen Awak Orang Mana?

 Segmen Awak Orang Mana

Assalamualaikum, so, harini aku join Segmen Awak Orang Mana yang dikendalikan oleh kak Rrai . Kalau korang nak join sekali, boleh lah klik banner aku tu. Klik je jangan malu malu, dan jom lah join ramai ramai :D


Okay first of all, nama aku, ERIN ISA, boleh panggil Erin je, berasal daripada, ENDAU,JOHOR. Mana yang tak tahu dekat mana letaknya Endau tu, sebenarnya dia dalam area area Mersing je, tapi nama spesifik dia ENDAU lah. Setelah aku buat ujikaji, ceh ujikaji, hahaha setelah aku baca lah orang yang join segmen kak Rrai ni, majoriti nya ramai orang JOHOR. Bangga betul aku bila ramai orang JOHOR yang berblogging ni. Heheheh okay btw, saya nak pilih warna Merah Biru boleh tak kak Rrai? Hihihi

Aku berasal daripada ENDAU,JOHOR, tapi aku sekarang menetap di TAMAN DESA,ENDAU,JOHOR. Lokasi rumah aku ni amatlah spesifik, sumpah spesifik sangat, berdekatan dengan sekolah menengah, which is ex high school aku dan juga dekat dengan sekolah kebangsaan. Memang dekat sangat, kalau jalan kaki pun memang sampai punya tak mengambil masa berejam mahu pun berpuluh minit.

Tempat aku ni, tak ada banyak tempat menarik sangat, tapi tempat aku ni dekat sangat dengan PENYABONG dan TANJUNG RESANG sebab tu aku kata spesifik, hihi. Tempat tempat ni amatlah famous dekat tempat aku ni, malah artis pun pernah datang sini and shooting dekat situ. PENYABONG pernah jadi telemovie dekat TV3 dan pelakon dari telemovie tu pun pernah dapat award dekat ANUGERAH SKRIN 2015 tapi aku tak pasti award apa dan siapa pelakon nya sebab masa tu aku dekat kolej, tak ada tv heheh. Dan lagi satu, pernah tengok tak cerita dekat ASTRO PRIMA, bertajuk "Cik Paris Diva Masuk Kampung", lakonan Liyana Jasmay dan Izzue Islam. Haa, dorang berlakon kat tempat aku lah. Hehehehe

PENYABONG dan TANJUNG RESANG ni, tempat dia memang cantik, pantai pantai bersih, and dekat situ tempat orang buat keropok lekor, nyum nyum. Bukan dekat terengganu je tau ada keropok lekor fresh, dekat tempat aku pun ada disebabkan berhampiran dengan laut/pantai jadi memang banyak lah sumber perikanannya. Selain daripada sumber perikanan, PENYABONG dan TANJUNG RESANG ni pun dijadikan tempat pelancongan, ramai juga pelancong luar yang datang dan bercuti dekat situ sebab ada resort, and so far feedback dari mereka semua nya positif. And korang, kalau nak bercuti pun aku mengalu alukan kehadiran korang ke tempat tu.
Selain daripada tu, dekat PENYABONG ni pun ada KELONG, kelong tu tempat untuk orang orang memancing, aku tak pernah pergi lagi, tapi feedback dari orang orang terdekat aku, dorang kata KELONG best, mengambil masa dalam 45 minit kot perjalanan dari penyabong ke sana dengan menaiki bot, korang boleh memancing dekat situ, sebab dia duduk dekat tengah tengah laut memang unik sangat, and boleh bermalam dekat situ kalau tak silap aku, dan KELONG ni pernah keluar dekat Majalah 3 jugak.

So, itu sahaja dari aku, bagi sesiapa yang teringin nak makan keropok lekor fresh sambil menikmati keindahan pantai pantai dan laut, boleh lah datang ke sini, sambil sambil tu boleh juga korang pergi ke Kelong, kalau rasa nak memancing. Hehehe, lagi satu takyah susah susah pergi Terengganu nak makan keropok lekor fresh, dekat tempat aku pun ada. Hehehe jom!

Segmen ini akan tamat pada 22 JANUARY 2016, jom ramai ramai kita join!

Saturday, January 2, 2016

Kehidupan Baru

sebab aku dah belajar dekat tempat baru ni which is aku sekarang dah nak masuk sem 2 lagi beberapa hari je, so aku nak cerita la hows my life aku sepanjang dekat kolej ni, ok lah tak nak sebut full kolej aku, nanti ada pulak new student yang nak masuk ni baca, malu lah ai kot kot dia terjumpa I pula dekat kolej, hahaha.

so here is it, my kolej. haaaa, aku yang baju hijau gelap tu. dan yang baju kuning tu ada lah classmate aku sejak dari sem1 dan bakal sem akan datang ni pun dia adalah classmate aku, so far sepanjang aku dekat sini, aku banyak dengan dia je, walaupun waktu first orientasi dekat sini, aku bukan kenal dia pun, aku kenal dia pun melalui whatsApp group kolej sebelum masuk kolej tapi tak kenal muka, LOL
nama dia Nana, takyah full name lah kan. dia bawah umur aku, but kami kawan macam tak kira umur ke apa aku bantai je panggil "kau aku" dengan dia, aku tak suka orang panggil aku "akak" sedangkan tua cuma setahun je, come on lah guys. hehehe


and yang ni, adalah kawan masa first aku jumpa waktu orientasi, dan aku panggil dia Fawaa/Faraa. yes dia kawan waktu aku first orientasi sampai lah harini, we stick together walaupun tak sama kelas. dan waktu first day kat sana kami tak sama bilik pun, but aku jumpa dia waktu aku masuk dewan sebab aku lewat sampai >_< dan waktu tu dia lah yang aku tegur, actually aku tak tegur sangat sebab dia cakap aku sombong gila time first day kat sana, hahaha. tapi memang semua benda time orientasi aku dengan dia je, kumpulan sama, everything! oh ya, faraa yang baju kelabu tu. heheh. dia memang seorang kawan dan adik yang baik sangat, selalu tolong aku kalau susah tak kira lah apa pun. and dia baik hati, walaupun dia ni orang yang berada, tak pernah nak show off dekat orang lain, itu satu sifat dia yang aku suka. dia selalu tolong orang. dia memang kawan yang baik.


okay ni pula gambar aku dengan fawaa dan juga ika, ika yang tudung hitam buat peace tu. dia pun kawan yang baik juga, dia sebilik dengan fawaa and aku start kenal dia pun sebab dia sebilik dengan fawaa same goes to nana tadi, hahaha. sebab waktu tu aku dengan roommate aku macam tak kamcing. back to story, ye ika memang baik, dia asal kelantan,kuala krai. dia selalu ingatkan kitorang untuk solat, and i can said that she's quite muslimah, so memang selesa lah berkawan dengan dia, too many things yang dia tolong aku and aku appreciate sangat. thankyou ika :)


ini pulak, ezzati, yang tudung purple tu. aku panggil dia zati kadang kadang zaty. hahaha. dia pun kawan yang baik jugak memang baik sangat. actually aku pun baru baru je rapat dengan dia, takdelah baru sangat kira lama jugak, sebab dia pun roommate dengan fawaa juga. hahaha so, aku memang rapat dengan roommate fawaa, banyak jugak aku share dengan dia story, selalu kalau datang bilik fawaa, aku akan lepak dekat katil dia, baring sebelah dia and ketawa sama sama and berborak benda benda kosong. hahaha serious aku rindu dekat dia, tapi next sem aku dapat sama bilik dengan dia, so excited nak share life tugeder gitu hahahaha. 

so, majoriti aku banyak rapat dengan roommate orang lain berbanding roommate aku sendiri, nana,fawaa,zati,ika dorang satu bilik kecuali aku. aku selalu menjadi tetamu VVIP dekat bilik dorang lah kiranya. hahaha selalu lepak. dorang pun selalu ajak aku datang bilik dorang. and we having fun together :)
bercakap tentang roommate, ya aku ada roommate aku, and kami ada juga gambar bersama,


okay ni dia roommate aku, hahaha bermula dari kiri, Thirah,Aiena,Nisa and Insyi. seronok juga satu bilik dengan dorang ni walaupun aku tak rapat dengan dorang. ingat lagi waktu tu kami tinggal berlima lah, malam tu memang ada kena kacau dekat asrama kitorang, takut punya pasal terus tidur satu katil tu lima orang, hahaha waktu tu bulan puasa. ya Allah time tu memang rasa akrab sangat sampai share katil sebab takut punya pasal. dorang pun baik juga dengan aku, banyak juga tolong and banyak share cerita bersama. tapi next sem ni tak sama bilik dah, so aku happy sangat sebab pernah jadi roommate dorang, banyak kenangan manis dan pahit bersama and thanks a lot korang! :)

dan next sem, bermulalah hidup baru aku, dengan roommate baru, haha tak sabar juga nak lalui, harap semuanya okay tak ada gaduh gaduh, amin


so, next sem bermula hidup aku dengan dorang sebab sama bilik, kecuali ika. since bilik next sem cuma empat orang je satu bili, kami terpaksa berpisah dengan ika, ika duduk bilik dengan iyla but still kitorang ajak dia tidur bilik kitorang. hahaha. sangat tak sabar nak jumpa korang, and harungi life bersama sama. see you guys lagi beberapa hari je lagi ni okay! sayang korang, hope kita terus bersama. aminnnn :)

and yes, jika nak dibandingkan, life aku sewaktu di ku*m dulu memang jauh beza dengan life aku di kolej sekarang. aku dapat kawan kawan yang betul sudi berkawan dengan aku. sangat berbeza dengn kawan aku waktu aku sekolah yang kawan aku semata mata untuk kepentingan mereka sendiri.
aku belajar dari kesilapan.

aku pun tak ada lah menaruh harapan yang tinggi agar dorang stick dengan aku selamanya. taknak. sebab aku takut jadi macam dulu, mana kitorang rapat and then berpisah. sebab? kawan sebab kepentingan sendiri. biar lah macam ni je, asal kan kami berkawan tiada sengketa.
aku sayang kawan aku, tapi kalau orang dah balas tahi dekat aku, mana datangnya lagi sayang?
aku bersyukur pada ALLAH sebab temu kan aku dengan insan insan ini, Fawaa,Nana,Zati,Ika.
terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku dan aku harap persahabatan kita ni akan terus kekal sampai akhir. 

AMIN, moga ALLAH merestui.
sahabat kerana ALLAH.






World nowdays

Semalam, aku buka youtube, saja nak tengok perkembangan artis artis sekarang.
Ha Ha Ha
eh tak, sebenarnya macam ni, aku tengah stalk IG baim wong, dan check following list dia,
nak tengok dia follow Elfira Loy ke tidak, and then I found her name, so rasa macam
"okay lah"
then aku decide nak scroll sampai ke bawah following list dia dan aku jumpa ig Marshanda
dimana dulu I was her fan dan gila dengan sinetron dia yang bertajuk "Putri Yang Terbuang"
aku pun buka profile dia.

then I found out yang dia dah tak berhijab. okay mungkin dah lama dia dah buka tudung (terlepas gosip isu semasa). but setahu aku dia bertudung waktu dia berkahwin and bila dia bercerai dia buka tudung dia
and I was like
"serious lah dia dah jadi macam ni? how can people buat agama Islam ni main main?"
aku pun tak ada lah baik mana, ada khilafnya juga, tapi kalau soal main main tentang agama ni, rasa marah juga.

agak terkejut bila dapat tahu yang dia dah tak bertudung sedangkan waktu dia bertudung aku tengok dia cantik je bertudung.
ok lah mungin dia ada sebab sendiri.

and now, waktu tengah tengok youtube pasal Marshanda tu, terjumpa pulak link "Asmirandah sah Kristen"

apa aku boleh cakap just "WOWWW"
apa dah jadi dengan dunia sekarang ni? yang dulunya Islam, dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam, kini dah jadi Kristian, hanya kerana cinta?
aku bukan lah nak jadi racist pada agama lain, aku cuma terfikir kenapa sampai jadi macam ni?
Asmirandah she was a Muslim but now she has convert to Christian.

terasa sedih bila ada insan seagama yang dah murtad? ya, mungkin boleh dikatakan dia murtad
sebab dia dah convert agama, and ada satu video dia menyanyi lagu gospel ke apa, maaf aku tak tahu pasal kristian sangat. heh.

nak kata "tak apa lah", rasa macam tak okay, tapi itulah, kita hanya mampu berdoa agar hati dia terbuka untuk menerima Islam semula, kerana Islam adalah agama yang paling indah.

:)

020116 SATURDAY 12:10AM

entry dalam blog ni memang banyak aku buang.
aku start blogging dari zaman 2010. dan waktu tu sebenarnya aku ada blog lain.
first blog was created adalah blog tu tapi sekarang blog tu jadi private blog for my own self.
kalau nak bagi orang baca pun kena tunggu aku mengadap ILAHI.

and actually blog ni ada post dari zaman 2010-2013
but all of the post was deleted.
yes deleted.
sebab? sebab aku tak nak kenang kisah lama.

and starting from 2014, aku dah start a new life which is i'm not a school students anymore
dan rakan rakan dari zaman sekolah semua dah lari daripada aku.
yeah, im not even SHOCKED pun sebab aku tahu siapa yang jujur dan tak.

so people, kalau nak tahu tentang hidup aku kan
memang sedih. entah lah tapi memang sedih. kalau aku cerita kan dari awal sampai akhir
belum sempat akhir pun aku dah nangis.
maybe ni lah bad luck untuk orang yang tak ada paras rupa macam aku ni.
orang selalu judge aku. and cakap aku jahat
oh yes i am.

terima kasih untuk semua kata kata itu. im so thankful
lepastu, ingat lah, aku ni kalau diam maknanya aku menyimpan dendam
ye aku berdendam. kalau sikit je salah kau buat pun aku ingat.
so, beringat lah. bye

Friday, January 1, 2016

batu api. mengadu domba. busybody.

jenis orang orang yang kat atas ni, memang rasa nak bunuh je kan?
series, bukan aku je, orang lain pun sama geram dengan manusia yang perangai macam tu.

yang jenis batu api tu satu hal,
melaga lagakan orang. sedangkan orang gaduh sikit, tapi sebab mulut dia yang macam loji kumbahan najis, terus jadi perang dunia.

yang mengadu domba ni pulak,
kalau boleh dekat semua orang dia nak mengadu, dia nak bagitahu yang kita ni jahat nak defend diri dia and buat diri dia dekat tempat yang KESIAN.
memang KESIAN lah dekat kau sebab minta simpati orang dan jadi fake sebab kau sebenarnya jahat tapi semua orang ingat kau baik sedangkan?? Ha Ha Ha

busybody pulak,
haih yang ni memang lagi aku geram lah. sibuk jaga tepi kain orang.
apa yang kita update semua dia nak bagitau. tak boleh duduk diam atau tak ada life?
kalau kita busybody pasal hal dia, satu dunia dia nak mengamuk.
KahKahKah

typical manusia. memang dah namanya iblis tetap iblis lah kau.

2016

kalau orang tak reply chat, mention korang tu tak sedih pun sebenarnya. kalau sedih pum.
sikit je. tak terasa sangat.

tapi,

yang paling sedihnya bila, orang tak balas cinta kau. kau rasa?
aku rasa nak terjun laut. Ha Ha Ha

terjun laut, sebab malu.
dan
sebab rasa diri ni tak berguna sangat sebab berharap pada sesuatu yang tk pasti
sedangkan yang pasti, tu ha, ALLAH SWT.

tapi, kadang aku lalai juga. biasa lah manusia mana pernah tak buat silap.
dan sebenarnya point aku sekarang, sebab orang tak reply mention aku je,
peh sakit betul hati kita. sedangkan mention orang lain dia reply.
Hu Hu Hu

tapi lagi sakit bila dia tak balas cinta aku dan tak mengetahui tentang kewujudan aku.
ye, aku
aku ni yang tengah menaip ni :')

selamat malam,
dan
selamat tinggal 2015
welcome, 2016.
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png